Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.(Al-Kahfi:28)
Tutup
HELLO

PERJUMPAAN SAMTTAJ86 BAGI CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI.....

19 Januari 2009

Assalamualaikum Wm. Wbt.,
Tempat: M-3-3, Plaza Damas, Jln.Sri Hartamas, Sri Hartamas, K.Lumpur, (Dekat Masjid Wilayah, berhampiran tapak projek istana baru)
Tarikh :27Hb Januari 2009 ( Selasa)
Waktu:10.00 AM

Tujuan

Perjumpaan ini diadakan adalah kerana susulan daripada satu perjumpaan kecil di kalangan ahli SAMTTAJ86 pada Sabtu 17 Januari 2009 bagi membincangkan cadangan menubuhkan sebuah organisasi perniagaan(KOPERASI) warga alumni SAMTTAJ86 dan SAMTH.

Perbincangan telah diadakan di restoran AL-Rafi Bistro Shah Alam dan telah dihadiri oleh Saudara Paklen, Asri, Lutfee Ismail, Yus, Poji, Amir Azlin dan Zainal Abidin(Jenal).

Matlamat penubuhan koperasi bermaksud :

<LI> Menjana keuntungan hasil dari perniagaan untuk dikongsi bersama oleh ahli-ahli yang melabur mengikut modal syer melalui koperasi yang di cadang untuk ditubuhkan. </LI>
  • Mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli SAMTTAJ dan SAMTH dengan cadangan dan aktiviti-aktiviti dari kalangan ahli yang akan diadakan melalui koperasi yang akan ditubuhkan seperti Hari Keluarga, program tetamu ALLAH(Haji dan Umrah) dan bantuan khairat kematian untuk ahli dlln lagi.


  • Koperasi berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad

    Koperasi membolehkan penyertaan seramai mungkin ahli untuk terlibat dalam perniagaan melalui pelaburan yang dibuat untuk mendapatkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh koperasi.

    Gerakan koperasi di Malaysia mempunyai banyak kelebihan seperti :

  • Dana TPM (Tabung Modal Pusingan) yang disediakan oleh kerajaan untuk koperasi.

  • Koperasi mempunyai kelebihan untuk mendapatkan lesen-lesen perniagaan dan seumpamanya.


  • Ianya adalah merupakan perancangan kerajaan untuk membangunkan ekonomi menerusi perkongsian dalam pelaburan perniagaan.


  • Persetujuan / Keputusan Perbincangan

  • Perbincangan juga telah bersetuju untuk mencadangkan penubuhan sebuah koperasi yang akan dibuka keahliannya daripada seluruh alumni SAMTTAJ dan SAMTH


  • Memulakan penyediaan kertas kerja cadangan penubuhan sebuah koperasi untuk dibentangkan kepada seluruh alumni untuk menjemput penyertaan.


  • Membuka cadangan dari kalangan alumni untuk mengemukakan cadangan seperti:


  • -Nama yang sesuai untuk Koperasi
    - Modal syer minima untuk penyertaan (cadangan RM1,000)
    -Cadangan aktiviti-aktiviti perniagaan
    (untuk dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam undang-undang kecil koperasi)

  • Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana alumni yang mempunyai pengalaman dari segi pengurusan, pentadbiran dan lain-lain aspek gerakan koperasi untuk menawarkan pengalaman mereka.


  • Segala cadangan dan kertas cadangan akan dibincangkan semula untuk dikemaskini dan dibentangkan kepada seluruh alumni - melalui mesyuarat permulaan penubuhannya.


  • Segala pertanyaan boleh di kemukakan melalui balasan di dalam blog ini atau melalui ruangan emel ke pengendali blog atau hubungi terus saudara Paklen di talian 0196630081.

    Harap makluman ini dapat dipanjangkan ke seluruh warga alumni SAMTTAJ dan SAMTH lain.

    Sekian, wassalam.

    Peta untuk ke Plaza Damas


    Loading...
    Loading...

    PC FAIR 2011

    EDUWEBTV

    Akhbar Online

    Loading...
    Loading...
    Loading...
    Loading...
    Loading...
    Best view with Mozilla Firefox and Internet Explorer with Compatibility Mode